Custom Search

Jumaat, 6 November 2009

Mengenai Makanan Tradisional


Hidangan tradisi hanya boleh diperoleh sepanjang bulan puasa kedatangan Ramadan mendatangkan seribu satu rahmat pada umat Islam. Kegirangan menyambut kedatangan bulan mulia ini sememangnya sentiasa meriah semeriah deretan gerai di Bazar Ramadan. Seawal jam tiga petang orang ramai sudah berpusu-pusu menjelajah dari gerai ke gerai mencari kuih muih dan lauk pauk yang kena dengan selera masing-masing. Ada yang biasa dilihat, tidak kurang juga yang tidak pernah diketahui kewujudannya.

Di Kedah, kuih bunga pundak berinti kelapa adalah makanan tradisi masyarakat Melayu di negeri jelapang padi ini. Kuih ini dinamakan sempena warna bunga pokok pundak. Kuih yang enak dimakan ketika panas ini kelihatan mudah dibuat namun ia sebenarnya memerlukan kemahiran tinggi untuk dibuat khususnya ketika proses mengayak tepung dan melipat. Walaupun pelbagai jenis kuih muih tradisional boleh ditemui sepanjang Ramadan, jangan lupa makanlah sekadarnya saja terutama mereka yang mempunyai pelbagai jenis penyakit seperti diabetes kerana kebanyakan kuih tradisi memang manis. Tambahan pula, berlebih-lebihan itu adalah pembaziran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda komen disini / command here

Custom Search