AISKRIM GORENG | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dulu pernah makan aiskrim goreng nie di pantai batu buruk kat Kuala Terengganu rasanya , selepas tu tercari2 lee kat KL pulak ada lee jumpa tapi harganya sembelih leher lak tu.... Dalam hati kata nie hissssssss tak boleh jadi nie anak2 suka makan kena jugak lee cuba cari resepinya so buat lee kajian kat internet so jumpa lee mcm2 version lee byk lee cara lee tengok semua leceh lee biasa lee mesti nak cari resepi yang sempoi ajee bab nak celup mencelup nie "vitamin M" tu begitu kuat sekali . (Vitamin M=malas) So akhirnya buat experminen sendiri lee... lagi sempoiiiiiii tak payah nak celup mencelup pun.. Ok cara buat aiskrim goreng version sempoiii aiskrim tak kira lee aper jenis or perisa roti sandwich -tak kira brand aper janji roti lee basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembab supaya masa menekan dengan acuan roti tak pecah acuan telur (mcm dlm gambar ya ) caranya : 1. skop aiskrim letak atas sekeping roti 2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskrim tadi 3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat 4. masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti ais bahagian atas semalaman or 3 jam 5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu... 6.minyak kena betul2 panas - baru gorengkan roti tadi 7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah 8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak Note : aiskrim yang digunakan di atas adalah aiskrim potong tau (yang ada kayu kat tengah tu..so buangkan kayunya ajee ) biasa lee nak buat experimen kena guna aiskrim yang murah2 ajee (JANGAN RISAU AISKRIM TU AKAN CAIR TAPI KENA GORENG CEPAT NGAN MINYAK YANG PANAS2 BETUL ) dan lebihan roti tu jgn membazir lak....leh wat pudding roti tau n letak cheese ya .Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskrim goreng aiskrim goreng dengan susu cair |
Selasa, 25 Januari 2011
Resepi AISKRIM GORENG
Isnin, 24 Januari 2011
Ayam Masak Kuning
Resepi ini memang popular di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia, masakan ini selalunya dihidangkan semasa sambutan Hari Raya dan dimakan dengan Nasi Himpit atau ketupat. Namun begitu ia juaga boleh dihidangkan dengan nasi.
Bahan-bahanya:
1. 1 ekor ayam yang dipotong 12 atau 16 ketul
2. Santan 1 1/2 kilo
3. Bawang merah 1/2 kilo
4. Bawang putih 1 Labu
5. Bawang besar 1/2 kilo
6. Serai 10 batang
7. Cabai besar 10 biji
8. Daun limau perut 5 helai
9. Kulit kayu manis 2 batang
10. Rempah gulai ayam 4 paket
11. Garam secukup rasa
12. 1 cawan minyak masak
13. 2 cawan air
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan rempah
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar (bawang-bawang, serai, cabai)dan air.
- Apabila mendidih masukkan ayam dan bahan-bahan lain
- Bila sudah pekat bolehlah dihidangkan, jika hendak jadikan serunding boleh dikacau hingga kering.
SELAMAT MENCUBA
Bahan-bahanya:
1. 1 ekor ayam yang dipotong 12 atau 16 ketul
2. Santan 1 1/2 kilo
3. Bawang merah 1/2 kilo
4. Bawang putih 1 Labu
5. Bawang besar 1/2 kilo
6. Serai 10 batang
7. Cabai besar 10 biji
8. Daun limau perut 5 helai
9. Kulit kayu manis 2 batang
10. Rempah gulai ayam 4 paket
11. Garam secukup rasa
12. 1 cawan minyak masak
13. 2 cawan air
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan rempah
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar (bawang-bawang, serai, cabai)dan air.
- Apabila mendidih masukkan ayam dan bahan-bahan lain
- Bila sudah pekat bolehlah dihidangkan, jika hendak jadikan serunding boleh dikacau hingga kering.
SELAMAT MENCUBA
Langgan:
Catatan (Atom)
Custom Search