Custom Search

Selasa, 25 Januari 2011

Resepi AISKRIM GORENG

AISKRIM GORENG

letak aiskrim atas roti yg dah lembab

tekankan dengan acuan telur kuat2

jeng2 dah jadi bulat kan...

masuk dlm plastik simpan dlm freezer satu mlm

goreng atas minyak yg betol2 panas

dah goreng

dalam piring

curahkan susu cair ideal

dah kena belah tu...

aiskrim tetap sejuk kat dalam tu...

yummy2

Dulu pernah makan aiskrim goreng nie di pantai batu buruk kat Kuala Terengganu rasanya , selepas tu tercari2 lee kat KL pulak ada lee jumpa tapi harganya sembelih leher lak tu.... Dalam hati kata nie hissssssss tak boleh jadi nie anak2 suka makan kena jugak lee cuba cari resepinya so buat lee kajian kat internet so jumpa lee mcm2 version lee byk lee cara lee tengok semua leceh lee biasa lee mesti nak cari resepi yang sempoi ajee bab nak celup mencelup nie "vitamin M" tu begitu kuat sekali . (Vitamin M=malas)

So akhirnya buat experminen sendiri lee...
lagi sempoiiiiiii tak payah nak celup mencelup pun..

Ok cara buat aiskrim goreng version sempoiii


aiskrim tak kira lee aper jenis or perisa
roti sandwich -tak kira brand aper janji roti lee

basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembab
supaya masa menekan dengan acuan roti tak pecah
acuan telur (mcm dlm gambar ya
)

caranya :

1. skop aiskrim letak atas sekeping roti
2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskrim tadi
3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat
4. masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti ais bahagian atas semalaman or 3 jam
5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...
6.minyak kena betul2 panas - baru gorengkan roti tadi
7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah
8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak 


Note : aiskrim yang digunakan di atas adalah aiskrim potong tau (yang ada kayu kat tengah tu..so buangkan kayunya ajee ) biasa lee nak buat experimen kena guna aiskrim yang murah2 ajee (JANGAN RISAU AISKRIM TU AKAN CA
IR TAPI KENA GORENG CEPAT NGAN MINYAK YANG PANAS2 BETUL ) dan lebihan roti tu jgn membazir lak....leh wat pudding roti tau n letak cheese ya .Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskrim goreng

aiskrim goreng dengan susu cair


Isnin, 24 Januari 2011

Ayam Masak Kuning

Resepi ini memang popular di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia, masakan ini selalunya dihidangkan semasa sambutan Hari Raya dan dimakan dengan Nasi Himpit atau ketupat. Namun begitu ia juaga boleh dihidangkan dengan nasi.

Bahan-bahanya:
1. 1 ekor ayam yang dipotong 12 atau 16 ketul
2. Santan 1 1/2 kilo
3. Bawang merah 1/2 kilo
4. Bawang putih 1 Labu
5. Bawang besar 1/2 kilo
6. Serai 10 batang
7. Cabai besar 10 biji
8. Daun limau perut 5 helai
9. Kulit kayu manis 2 batang
10. Rempah gulai ayam 4 paket
11. Garam secukup rasa
12. 1 cawan minyak masak
13. 2 cawan air

Cara membuatnya:
- Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan rempah
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar (bawang-bawang, serai, cabai)dan air.
- Apabila mendidih masukkan ayam dan bahan-bahan lain
- Bila sudah pekat bolehlah dihidangkan, jika hendak jadikan serunding boleh dikacau hingga kering.

SELAMAT MENCUBA
Custom Search