Custom Search

Jumaat, 6 November 2009

Mengenai Makanan Tradisional


Hidangan tradisi hanya boleh diperoleh sepanjang bulan puasa kedatangan Ramadan mendatangkan seribu satu rahmat pada umat Islam. Kegirangan menyambut kedatangan bulan mulia ini sememangnya sentiasa meriah semeriah deretan gerai di Bazar Ramadan. Seawal jam tiga petang orang ramai sudah berpusu-pusu menjelajah dari gerai ke gerai mencari kuih muih dan lauk pauk yang kena dengan selera masing-masing. Ada yang biasa dilihat, tidak kurang juga yang tidak pernah diketahui kewujudannya.

Di Kedah, kuih bunga pundak berinti kelapa adalah makanan tradisi masyarakat Melayu di negeri jelapang padi ini. Kuih ini dinamakan sempena warna bunga pokok pundak. Kuih yang enak dimakan ketika panas ini kelihatan mudah dibuat namun ia sebenarnya memerlukan kemahiran tinggi untuk dibuat khususnya ketika proses mengayak tepung dan melipat. Walaupun pelbagai jenis kuih muih tradisional boleh ditemui sepanjang Ramadan, jangan lupa makanlah sekadarnya saja terutama mereka yang mempunyai pelbagai jenis penyakit seperti diabetes kerana kebanyakan kuih tradisi memang manis. Tambahan pula, berlebih-lebihan itu adalah pembaziran.

Rabu, 4 November 2009

Selamat Datang ke Laman Makanan Tradisional vs Makanan Moden

Dalam laman ini kita akan cuba membincangkan tentang makanan tradisional dan makanan moden. Perbincangan meliputi kepada jenis masakan moden dan jenis masakan moden. Dalam hal ini, terdapat kebaikan dan keburukan tentang jenis kedua-dua makanan ini.

Anda akan disediakan dengan resepi-resepi yang enak-enak saja. Jika anda tercari-cari tentang resepi apa yang patut di masak, maka laman inilah yang akan menjadi panduan untuk anda semua.

Saya akan cuba untuk menjadikan laman ini untuk semua jenis masakan samada untuk makanan tradisional atau makanan moden.

Ahad, 1 November 2009

Food Traditional vs. Modern Food

In this page we will try to discuss about traditional food and modernfood. Discussions include the type of cuisine and modern types of modern cuisine. In this case, there are advantages and dangers of both types of food.

You will be provided with a recipe recipe of wine-wine-only. If you are looking about recipes that fit in the cooking, then this is what will be the guide for you all.

I will try to make this site for all types of cuisine for either traditional or modern foodfood.
Custom Search