Custom Search

Isnin, 24 Januari 2011

Ayam Masak Kuning

Resepi ini memang popular di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia, masakan ini selalunya dihidangkan semasa sambutan Hari Raya dan dimakan dengan Nasi Himpit atau ketupat. Namun begitu ia juaga boleh dihidangkan dengan nasi.

Bahan-bahanya:
1. 1 ekor ayam yang dipotong 12 atau 16 ketul
2. Santan 1 1/2 kilo
3. Bawang merah 1/2 kilo
4. Bawang putih 1 Labu
5. Bawang besar 1/2 kilo
6. Serai 10 batang
7. Cabai besar 10 biji
8. Daun limau perut 5 helai
9. Kulit kayu manis 2 batang
10. Rempah gulai ayam 4 paket
11. Garam secukup rasa
12. 1 cawan minyak masak
13. 2 cawan air

Cara membuatnya:
- Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan rempah
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar (bawang-bawang, serai, cabai)dan air.
- Apabila mendidih masukkan ayam dan bahan-bahan lain
- Bila sudah pekat bolehlah dihidangkan, jika hendak jadikan serunding boleh dikacau hingga kering.

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda komen disini / command here

Custom Search